Home Sukan KELUARKAN RONALDO BUKAN KEPUTUSAN MUDAH

KELUARKAN RONALDO BUKAN KEPUTUSAN MUDAH

19
0

TORONTO: Jurulatih Portugal, Roberto Martinez membuat keputusan berani apabila mengeluarkan Cristiano Ronaldo ketika pasukannya terikat 1-1 menentang Croatia dalam aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia, hari ini.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Ronaldo, 41, yang sebelum itu menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti, kelihatan kecewa apabila digantikan kurang 10 minit sebelum tamat perlawanan ketika nasib Portugal masih belum pasti.

Penyerang veteran itu mencipta sejarah apabila menjadi pemain paling tua menjaringkan gol dalam aksi kalah mati Piala Dunia, sekali gus menoktahkan gol pertamanya di pentas berkenaan sebelum Goncalo Ramos muncul wira dengan tandukan kemenangan masa kecederaan.

Bagaimanapun, Martinez mengambil keputusan taktikal dengan mengeluarkan kaptennya bagi mengimbangi semula bahagian tengah yang ketika itu mula dikuasai Croatia.

Ronaldo hanya mencatat satu sentuhan dalam kotak penalti lawan sepanjang 81 minit permainan.

Tindakan itu mencetuskan perdebatan memandangkan prestasi Ronaldo sepanjang kejohanan dilihat tidak konsisten, kecuali dua gol ketika menentang Uzbekistan dalam aksi kumpulan.

Ramos mengakui perubahan taktikal itu membantu Portugal mengubah intensiti permainan pada detik kritikal.

“Saya rasa pasukan yang membuat pertukaran itu, kami masuk untuk menekan dan mencari gol, itu yang kami tahu, dan akhirnya… jurulatih melakukan kerja yang sangat baik,” katanya.

Dia turut mengakui tekanan perlawanan kalah mati sangat tinggi, namun menyifatkan situasi sedemikian sebagai pentas terbaik untuk pemain membuktikan kemampuan.

“Ia situasi yang sukar kerana dalam perlawanan seperti ini, jika anda tidak menang, anda akan pulang,” katanya.

“Tetapi bagi saya secara peribadi, saya suka detik seperti ini, saya suka perlawanan sebegini, saya mahu bermain setiap perlawanan seperti ini, saya mahu berada dalam detik besar.”

Portugal selepas ini akan berdepan Sepanyol dalam aksi pusingan 16 terbaik, Selasa ini, dengan perhatian kini terarah kepada pendekatan taktikal Martinez.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here