Home Luar Negara INDONESIA RAMPAS 3.37 TAN BUNGA GANJA THAILAND

INDONESIA RAMPAS 3.37 TAN BUNGA GANJA THAILAND

42
0

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia merampas 3.37 tan metrik bunga ganja dalam minggu ini, menurut Agensi Narkotik Kebangsaan negara itu, semalam.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, ketua agensi berkenaan, Suyudi Ario Seto berkata, bunga ganja itu dibawa masuk dari Thailand dan ditemukan oleh pihak berkuasa di wilayah Jawa Timur.

Menurutnya, bahan itu disembunyikan dalam bagasi dan kotak getah sebelum dipercayai digunakan sebagai bahan campuran cecair rokok elektrik (vape).

Katanya, bekalan dadah itu dipercayai untuk diedarkan ke beberapa bandar utama di Indonesia termasuk Jakarta dan Bali.
Operasi berkenaan dijalankan di beberapa lokasi di negara itu antara 29 Jun hingga 1 Julai lalu yang turut membawa kepada penahanan 12 individu yang dipercayai terbabit dalam sindiket berkenaan.

Agensi itu memaklumkan sindiket berkenaan baru ditubuhkan dan dianggotai oleh warga asing.

Indonesia mempunyai undang-undang dadah yang sangat ketat. Pada 2015, negara itu melaksanakan hukuman mati terhadap dua warga Australia yang terbabit dalam sindiket dadah ‘Bali Nine’ selepas didapati cuba menyeludup heroin keluar dari pulau peranginan Bali.-Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here