Home Buletin Semasa KELANTAN SETUJU KHAMIS INI CUTI KELEPASAN AM

KELANTAN SETUJU KHAMIS INI CUTI KELEPASAN AM

199
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju menetapkan Khamis ini sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata cuti itu bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here