Home Buletin Semasa KELANTAN MINTA PBT KENAKAN KADAR SEWA TAPAK BAZAAR RAMADHAN PALING MINIMUM –...

KELANTAN MINTA PBT KENAKAN KADAR SEWA TAPAK BAZAAR RAMADHAN PALING MINIMUM – HILMI

217
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar mengenakan sewa tapak Bazaar Ramadhan di bawah PBT mahupun swasta pada kadar harga paling minimum berbanding tahun lalu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, permohonan bagi sewa tapak itu sudah dibuka sejak dua bulan lalu.

“PBT akan membuat tapisan terhadap permohonan itu dan akan mengeluarkan surat tawaran kepada peniaga yang layak seawal dua minggu sebelum Ramadhan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2026 di Crown Garden Hotel, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hilmi berkata pihaknya juga berharap tiada peniaga yang bertindak sebagai ’ali baba’ sepanjang Ramadhan tahun ini.

Jelas beliau, sekiranya terdapat peniaga yang melakukan perkara itu, kerajaan akan membatalkan lesen yang diberikan kepada peniaga tersebut.

Tambah beliau, sepanjang tahun lalu, sebanyak 63 hingga 1,249 Bazaar Ramadhan dibuka di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Shahrunaim Radzali berkata, peruntukan bagi program PEKB pada tahun ini adalah sebanyak RM12   juta di seluruh negara.

”Peruntukan itu diberikan menerusi Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) untuk membasmi kemiskinan.

”Tahun lalu, sebanyak 80 peratus daripada 543 peserta sudah mencapai pendapatan minimum sekurang-kurangnya RM815 sebulan,” katanya.

Beliau berkata program PEKB mempunyai 15 bidang termasuk makanan sejuk beku, postnatal (urutan selepas bersalin) dan lain-lain.

Katanya, pada tahun ini, sebanyak empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak diberi keutamaan untuk membasmi kemiskinan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here