Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Pelakon muda, Puteri Balqis menarik perhatian warganet apabila memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan perkataan “Frustrated” dengan latar belakang berwarna hitam, disertai kapsyen bernada luahan perasaan.
Dalam kapsyen berkenaan, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish menzahirkan penghargaan kepada para penyokong dan sahabatnya, selain menyentuh isu buli yang didakwa dialaminya bersama ibu.
“Jika kalian dibuli seperti Aqish dan ibu, lawan, jangan mudah dijadikan kambing hitam,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Beliau turut menitipkan pesanan agar memilih sahabat yang ikhlas walaupun jumlahnya tidak ramai, sambil menegaskan bahawa pilihan itu bukan bermaksud mencetuskan permusuhan.

“Untuk bestie-bestie Aqish, pilih sahabat walau tak ramai. Tak ramai bukan bererti kita suka bermusuh. Kita pilih. Thank you for all the wonderful thoughts and support you have been giving me,”tulisnya.
Hantaran itu turut disertakan ungkapan, “Yang dibuli kekal menderita. Si pembuli riang ketawa,” selain tanda pagar #frustrated yang menggambarkan emosi yang sedang dilaluinya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai rakan selebriti serta peminat tampil memberikan kata-kata semangat, sokongan moral dan doa agar Puteri Balqis terus kuat menghadapi dugaan.
Perkongsian berkenaan sekali gus mengundang pelbagai reaksi dan komen menunjukkan keprihatinan warganet yang berharap pelakon itu terus tabah dan tidak berputus asa.
IMedikel TV






