Home Buletin Semasa BOM DITEMUI DI LADANG SAWIT GUA IKAN, BERJAYA DIMUSNAHKAN

BOM DITEMUI DI LADANG SAWIT GUA IKAN, BERJAYA DIMUSNAHKAN

127
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA KRAI: Sebutir bom jenis Aerial sepanjang 58 sentimeter (cm) ditemukan di kawasan ladang di Gua Ikan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan objek berkenaan pada jam kira-kira 12.28 tengah hari.

“Sejurus maklumat diterima, pasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kawalan keselamatan, selain menutup kawasan berkenaan sepenuhnya kepada orang awam.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut berada di lokasi untuk menjalankan siasatan awal terhadap objek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati objek berkenaan adalah bom jenis Aerial ‘bom-air drop’ dengan panjang kira-kira 58cm.

“Tindakan pemusnahan bom berjaya dilaksanakan pada jam 5.56 petang hari yang sama tanpa sebarang kerosakan harta benda awam atau kehilangan nyawa,”katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai adalah dinasihatkan sekiranya menjumpai objek atau benda menyerupai bahan letupan, segera melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here