Home Luar Negara 7 ANAK JERUNG DILEPASKAN KE LAUT

7 ANAK JERUNG DILEPASKAN KE LAUT

125
0

BANGKOK: Tujuh anak jerung harimau bintang Indo-Pasifik dilepaskan ke perairan Pulau Maiton di selatan Thailand dalam usaha pertama negara itu untuk mengembalikan spesies terancam berkenaan ke habitat liar.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, pelepasan itu dilakukan kumpulan pemuliharaan yang terbabit dalam projek berkenaan.

Spesies jerung berbintik itu sebelum ini menjadi pemandangan biasa penyelam snorkel dan skuba, namun populasinya merosot dengan ketara sepanjang sedekad lalu akibat penangkapan ikan berlebihan dan kehilangan habitat.

Pengurus Projek StAR Project Thailand, Metavee Chuangcharoendee berkata, idea pelepasan itu timbul kerana populasi jerung berkenaan berkembang dengan baik di akuarium.

Projek StAR Project Thailand dilancarkan pada 2025 sebagai kerjasama antara kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan akuarium.

Pelepasan terbaharu pada Disember lalu membabitkan empat jerung dinamakan Maiton, Hope, Spot dan Toty yang masing-masing berusia hampir dua tahun.

Difahamkan, ia antara tujuh anak jerung yang dilepaskan setakat ini, selepas dibiakkan dan dibesarkan di akuarium selama kira-kira setahun.

Sebelum dilepaskan, jerung berkenaan menjalani latihan tingkah laku di kandang laut berhampiran jeti Maiton Resort bagi menyesuaikan diri dengan keadaan semula jadi.

Dalam pada itu, Metavee berkata, penjaga manusia memberi makan harian dan merekodkan pertumbuhan serta tahap kesihatan jerung bagi memastikan ia bersedia untuk hidup di alam semula jadi.

Metavee berkata, walaupun spesies itu dilindungi undang-undang, usaha seperti perlindungan habitat, pengurangan pencemaran dan pengurusan sumber marin perlu diperkukuh bagi memastikan kelangsungan jangka panjangnya.

“Kejayaan jangka panjang diukur melalui penampakan jerung secara berkala oleh penyelam, bukti pembiakan di alam liar serta ketiadaannya di pasar ikan,” katanya.

Dua hari sebelum pelepasan terbaharu, doktor veterinar marin menjalankan pemeriksaan kesihatan akhir termasuk imbasan ultrabunyi, pemasangan peranti penjejakan akustik, pengambilan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan pengukuran ke atas anak jerung berkenaan. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here