Home Buletin Semasa KEKANGAN PANGKALAN HADAPAN JKM AKAN DITANGANI – NANCY

KEKANGAN PANGKALAN HADAPAN JKM AKAN DITANGANI – NANCY


Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Kekangan tempat penyimpanan keperluan bencana atau dikenali pangkalan hadapan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan akan ditangani dari masa ke semasa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya menyedari kekurangan itu dan akan memperbaikinya dengan menambah pangkalan hadapan di peringkat zon.

“Kita sedar akan kelemahan yang ada namun, dari segi bekalan makanan, memang tidak ada masalah malah kita akan menambah bekalan makanan di pangkalan hadapan yang ada sekarang ini. Setakat ini hanya ada satu sahaja (pangkalan hadapan) iaitu di Pengkalan Chepa.

“Kita juga sudah mengambil kira pengurusan saluran bantuan bagi mengelakkan bekalan makanan dan keperluan asas tidak sampai ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terutama apabila jalan ditutup,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni mangsa banjir di PPS sekolah Kebangsaan Seri Tumpat 2, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nancy berkata seramai 152 pegawai psikologi JKM ditempatkan di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa banjir.

“Sepanjang tugas ini berjalan, seramai 1,047 pegawai JKM termasuk sukarelawan akan bertugas secara bergilir kerana kita tidak akan membiarkan orang yang sama bertugas beberapa hari secara berterusan dalam masa lama,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here