Home Buletin Semasa KEDAI PERKAKASAN HANGUS 90 PERATUS

KEDAI PERKAKASAN HANGUS 90 PERATUS

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sebuah kedai menjual perkakasan terbakar dalam kejadian di Jalan Pasir Puteh, Kampung Chi Cha, Kubang Kerian, di sini, tengah malam semalam.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II) Mohd Wildan Azhari , berkata pihaki menerima panggilanm daripada sistem Mers 999 berkenaan kejadian itu.

”Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.29 tengah malam semalam.

”Komander Operasi lapor sampai di lokasi dan didapati benar berlaku kejadian kebakaran kedai (hardware) jenis kekal  22’ x 50’ dengan peratus kebakaran 90 peratus,”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya seramai 30 anggota terlibat dalam proses pemadaman tersebut.

” Api telah padam sepenuhnya pada Jam 1.45 pagi. Operasi tamat jam 2.08 pagi dan tiada mangsa dilaporkan,”katanya.

 IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here