KOTA BHARU: Kesibukan masyarakat kota mencari rezeki dan membesarkan anak-anak menyebabkan pusat jagaan orang tua menjadi pilihan untuk menghantar ibu bapa mereka ke premis berkenaan.
Namun, ada segelintir anak-anak yang menghantar ibu bapa ke pusat jagaan orang tua untuk mendapatkan rawatan yang sama seperti di hospital.
Warga emas Hua Kang Wee Tinglong, 83, dari Pasir Mas yang kini menetap di Mesra Homecare Centre sejak lima bulan lalu.
“Masuk sini sebab perlukan rawatan untuk kaki sebab berjalan tak stabil sangat, saya pula tak ada anak isteri jadi hanya anak saudara sahaja sebab tu dia hantar ke sini untuk dapat rawatan untuk kebaikan saya,” katanya.
Dia berkata kakinya tidak kuat untuk berjalan oleh kerana faktor usia.
“Masa masuk sini ketika sakit tu selera makan tu kurang tapi bila duduk sini, selera makin bertambah kaki pun semakin kuat, dalam ni rehat cukup dia buat fisioterapi juga, makin baik la kaki,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.
Tinglong berkata kakinya makin bertambah baik kerana diberi rawatan yang bagus dan dilayan mesra oleh staf di Mesra Homecare Centre.
Seorang lagi penghuni, Baharuddin Hamid, 62, dari Machang adalah bekas pesakit mental.
Namun kesihatannya makin baik apabila berada di Mesra Homecare Centre sejak empat tahun lalu.
“Masa mula-mula masuk sini sakit mental keadaan dulu tak tentu arah, tidur tak lena, makan tak selera kuat meracau lepastu beransur pulih sebab telan ubat sepanjang berada di Homecare Centre ni.
“Tinggal kat sini daripada tak boleh mengenal Al-Quran jadi boleh jadi harapan nak duduk sini lagi sebab suka, ada ramai kawan yang umur pun lebih kurang,”katanya.
Baharuddin yang mempunyai lima orang anak dulunya bekerja sebagai pemotong SAWIT di Kuala Krai.
Imedikel TV.






