Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sebuah premis perniagaan terbakar dalam kejadian petang semalam di Taman Kenangan, di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zuzuki Safei dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.34 petang.
“Sebaik menerima panggilan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu segera diarahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 1.7 kilometer dari balai. Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 4.39 petang.
“Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Engku Mohd Azam Engku Yahya melaporkan kebakaran membabitkan sebuah kedai berstruktur kekal berkeluasan kira-kira 40 x 60 kaki persegi,”katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya operasi pemadaman membabitkan seramai 10 anggota bomba dbersama kekuatan satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan satu Water Tanker.
IMedikel TV






