Home Sukan KEDAH PERLU ‘ALL OUT’ DI LAMAN SENDIRI – NAFUZI

KEDAH PERLU ‘ALL OUT’ DI LAMAN SENDIRI – NAFUZI

141
0

Alor Setar : Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mahu memastikan ruang pertahanannya lebih kukuh pada aksi suku akhir kedua saingan Piala FA menentang Penang FC di Stadium Darul Aman esok ini.

Menurut Ketua Jurulatih Nafuzi Zain, percaturan utama adalah memastikan Kedah tidak dibolosi selepas hanya mendapat bekalan tipis dengan satu gol pada aksi suku akhir pertama

“Kami perlu dapatkan kemenangan untuk mara dan kami perlu memperkukuhkan ruang pertahanan bagi mengelak dari dibolosi pada aksi kedua ini disamping memburu gol di laman sendiri.

“Penang FC yang kita ketahui memiliki gerakan serangan yang laju dan ini mampu memberi ancaman buat benteng kami.

“Oleh itu saya mahu semua pemain lebih berwaspada dan berhati-hati bagi mengelak sebarang kelekaan dalam aksi yang dijangka sengit,” katanya.

Nafuzi berkata, beliau kini memantau semua aspek kelemahan di semua posisi bagi memastikan setiap perancangan dapat ditingkatkan berbanding aksi suku akhir pertama.

“Kami perlu lihat kembali setiap aspek kelemahan yang perlu diatasi kerana dengan keputusan 1-0 tidak memberi kelebihan besar buat kami dan sudah pasti tidak menjamin apa-apa kerana masih ada 90 minit lagi untuk memastikan siapa yang lebih layak.

“Kami perlu turun dengan ‘all out’ dan beri fokus yang terbaik sepanjang aksi ini. Dengan sokongan moral yang akan diberikan penyokong, saya berharap kami akan mendapat lebih keyakinan ketika beraksi nanti,” katanya.

Kali terakhir Kedah melangkah ke saingan separuh akhir Piala FA adalah ketika Kedah di bawah kendalian bekas Ketua Jurulatih Aidil Sharin Sahak pada musim 2019 lalu dengan layak ke final dan seterusnya merangkul Piala FA pada musim berkenaan. – Hmetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here