Home Sukan KEANE LABEL HAALAND ‘BUDAK MANJA’

KEANE LABEL HAALAND ‘BUDAK MANJA’

151
0

MANCHESTER: Penyerang Manchester City, Erling Haaland dilabelkan ‘budak manja’ oleh bekas bintang Manchester United, Roy Keane.

Keane sering mengkritik Haaland musim ini dan dia sekali lagi mengecam pemain Norway itu selepas kemenangan 5-1 City ke atas Wolves.

Haaland meledak empat gol dalam kemenangan yang meletakkan City hanya satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal, dan bermain kurang satu perlawanan.

Namun penyerang 23 tahun itu tampak kecewa apabila dikeluarkan oleh pengendali City, Pep Guardiola ketika aksi di Stadium Etihad.

Guardiola kemudian mendedahkan yang Haaland kecewa dengan mutu pengadilan, tetapi Keane dengan pantas menyelar penyerang itu.

“Saya rasa kita dapat lihat Haaland tidak berpuas hati apabila dikeluarkan, bersikap seperti budak manja.

“Saya rasa apabila anda bertengkar dengan pengendali ketika dan anda pula pemain bintang, ia tidak
membantu apabila keputusan tidak berpihak kepada anda.

“Tetapi kerana mereka memenangi perlawanan, dan dia menjaringkan gol, ia akan dilupakan,” kata Keane.
Keane sebelum ini mengecam permainan keseluruhan Haaland yang disamakan dengan pemain liga bawahan, dan penyerang City itu membalas kritikannya.

“Saya tidak peduli sangat dengan lelaki itu, jadi tidak mengapa,” kata Haaland.

Keane pernah dibuang padang kerana mengasari bapa Haaland, Alfie, yang bermain untuk Manchester City ketika derbi menentang United pada tahun 2001. – AFP,BH Online-

Imedikel Tv

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here