Home Sukan KDN FC NAFI BERPECAH

KDN FC NAFI BERPECAH

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim (KDN) FC menafikan pasukan itu akan berpecah termasuk kembali kepada pasukan dengan nama asal Kelantan United FC (KUFC).

Kekeliruan itu timbul berikutan terdapat dua laman rasmi kumpulan iaitu Kelantan United Football Club yang mempunyai 108,000 pengikut dan Kelantan Darul Naim FC (78,000 pengikut) yang memuat naik hantaran berkenaan pasukan sejak dua hari lalu.

KDN FC dalam laman rasmi pasukan di Facebook Kelantan Darul Naim Football Club memaklumkan berkenaan isu itu dalam satu hantaran terbaharu hari ini dengan menyatakan kedua laman rasmi itu tidak mewakili pasukan kijang emas.

“Atas isu teknikal yang tidak dapat dielakkan, KDN tidak lagi menggunakan halaman-halaman itu sebagai saluran rasmi komunikasi, termasuk di Tiktok dan Instagram.

“Oleh itu kami menasihatkan semua penyokong dan pencinta bola sepak Kelantan agar merujuk hanya kepada sumber rasmi kelab bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” tulis kenyataan itu.

KDN FC turut mengecam sebarang cubaan untuk menyebarkan persepsi negatif yang berniat menjejaskan imej dan kestabilan kelab yang komited untuk terus maju ke hadapan, membawa pasukan ke tahap lebih tinggi dengan sokongan padu penyokong setia.

Dalam pada itu, pasukan turut menepis dakwaan bahawa kelab akan kembali kepada nama asal dan menegaskan fokus utama kini untuk meneruskan visi dan misi pembangunan kelab.

“Kami kekal berpegang teguh kepada perancangan yang sudah disusun, di samping berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu yang sedang melanda kelab dengan penuh tanggungjawab dan profesionalisme,” kata kenyataan itu lagi.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here