Home Buletin Semasa KARNIVAL LEBARAN DIJANGKA DIADAKAN DUA BULAN SEKALI – JBS KELANTAN

KARNIVAL LEBARAN DIJANGKA DIADAKAN DUA BULAN SEKALI – JBS KELANTAN

237
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Karnival Lebaran 2024 mendapat saambutan orang ramai sejak tiga hari berturut-turut bermula 1 Mei dan pihak Jabatan Beliau dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan merancang untuk mengadakan program itu sebanyak dua bulan sekali di semua daerah di negeri ini.

Pengarah JBS Kelantan, Mohd Saipuddin Zakaria berkata perancangan tersebut dijangka akan bermula Oktober ini iaitu, pada Hari Sukan Negara 2024.

“Dua bulan sekali kita akan pergi ke daerah-daerah bermula tahun ini dan akan bersambung tahun hadapan.

“Program seumpama ini kita akan buat. Mungkin kita akan jemput juga AEON Credit untuk bersama kita di daerah-daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Perasmian Penutup Karnival Lebaran 2024, di perkarangan AEON Mall, di sini, semalam.

Mohd Saipuddin berkata, program seperti ini akan dijadikan sebagai program tahunan dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Mungkin program lebaran ini kita akan jadikan sebagai program tahunan, itu pun bergantung kepada I Medikel sebab branding ni mereka yang bawa.

“Pada saya, apa yang saya bersembang dengan Presiden I Medikel, dia akan teruskan program ini. Mungkin selepas ini dari segi Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) dan kaedahnya lain sedikit kita buat. Mungkin sebelum ini, program tiga hari ni kita buat larian untuk dewasa, mungkin akan datang kita buat untuk keluarga,”katanya.

Program Karnival Lebaran 2024 hari ini diteruskan dengan Gateh Lebaran yang berlangsung di perkarangan AEON Mall, di sini.

Pelepasan Gateh Lebaran disempurnakan oleh Pengarah JBS Kelantan (KBS), Mohd Saipuddin Zakaria, Presiden IMedikel Pharma Holdings (IMPHB), Yusmat Mamat, Pengurus AEON MALL Kota Bharu, Ahmad Afnan Mohd Yusoff, Pengurus Wilayah Timur AEON Credit Service Malaysia Berhad, Hasma Maizan kira-kira jam 7.45 pagi.

Menurut Mohd Saipuddin, hari terakhir program tersebut menyaksikan kira-kira 700 peserta mengayuh basikal sejauh 23 kilometer (km) bermula dari perkarangan AEON Mall melalui Pintu Geng, Bulatan Kota, seterusnya ke lampu isyarat Padang Layang menuju ke Sekolah Kebangsaan Mulong, Jabatan Pendaftaran Negeri, Wakaf Che Yeh, KB Mall dan berakhir di AEON Mall.

“Saya sangat berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh masyarakat di sini menyertai program yang kita adakan maknanya program seperti ini kita perlu teruskan dari masa ke semasa,” katanya.

Program tersebut adalah anjuran IMPHB dengan kerjasama JBS Kelantan, AEON Mall Kota Bharu, AEON Credit dan Group Gateh Amal.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here