Home Luar Negara KANAK-KANAK CEDERA DIGIGIT ANJING KASTAM DI LAPANGAN TERBANG KOLKATA

KANAK-KANAK CEDERA DIGIGIT ANJING KASTAM DI LAPANGAN TERBANG KOLKATA

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak cedera selepas digigit anjing penghidu yang diikat dengan tali cawak di Lapangan Terbang Kolkata, timur India, minggu lalu.

Memetik laporan Bernama menerusi Berita Harian, akibat kejadian pada 12 Ogos lalu itu, keluarga mangsa terpaksa membatalkan percutian yang dirancang ke Malaysia.

Malah, ia juga menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terbabit perlu menjalani rawatan antirabies untuk tempoh beberapa minggu.

Menurut laporan media tempatan, semalam, bapa mangsa kemudian membuat aduan polis terhadap pengendali haiwan berkenaan atas dakwaan ‘ketidakcekapan’ dalam mengawal anjing itu yang bertugas dengan Jabatan Kastam.

Dalam aduannya, bapa kanak-kanak itu mendakwa bahawa pengendali anjing berkenaan ‘meninggalkan tugasnya serta melarikan diri bersama anjing terbabit’, sekali gus menyebabkan keluarga beliau terkandas, menurut laporan Times of India. – BERNAMA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here