Home Luar Negara KANADA USIR DIPLOMAT INDIA

KANADA USIR DIPLOMAT INDIA

178
0

OTTAWA: Kanada mengusir seorang diplomat India yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang pemimpin Sikh, di Vancouver, Jun lalu.

Menteri luar Kanada, Melanie Joly, berkata wakil kerajaan asing dipercayai terbabit dalam pembunuhan pemimpin Sikh, Hardeep Singh Nijjar, yang juga warga Kanada, sama sekali tidak boleh diterima.

“Kami memutuskan untuk mengusir seorang Diplomat Kanan India dari kanada,” katanya tanpa menamakan diplomat itu.

Memetik laporan AFP menerusi BH Online semalam, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menyatakan negara itu sedang menyiasat dakwaan wakil Diplomat India dipercayai mempunyai kaitan dalam pembunuhan seorang pemimpin Sikh di Vancouver.

Beliau berkata, pihak berkuasa sedang giat menyiasat kes itu termasuk mencari bukti yang mengaitkan diplomat itu dengan pembunuhan Hardeep Singh.

Hardeep Singh, yang diisytiharkan India sebagai pengganas dikehendaki, ditembak pada 18 jun lalu di Surrey, pinggir bandar Vancouver yang merupakan penempatan kepada salah satu populasi Sikh terbesar di Kanada.

Hardeep Singh membawa perjuangan bagi mewujudkan negara Sikh yang merdeka membabitkan bahagian utara India dan sebahagian daripada Pakistan.

India menuduh Hardeep Singh melakukan serangan pengganas di India, namun dinafikan pemimpin itu. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here