Home Sukan JUARA DUNIA F1, NORRIS, MAHU TERUS BERLUMBA DENGAN HAMILTON

JUARA DUNIA F1, NORRIS, MAHU TERUS BERLUMBA DENGAN HAMILTON

213
0

PARIS: Juara dunia F1 baharu, Lando Norris, mengakui dia “ingin” berlumba lebih kerap menentang Lewis Hamilton.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Norris merangkul kejuaraan dunia F1 pertamanya selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix Abu Dhabi musim ini di tempat ketiga, menewaskan Max Verstappen dari Red Bull untuk merebut gelaran 2025 dengan beza hanya dua mata.

Pemandu McLaren itu menjadi rakyat Britain ke-11 bergelar juara dunia F1, tetapi berharap dapat berentap dengan juara tujuh kali dunia, Hamilton, lebih kerap pada 2026.

Hamilton mengalami musim debut yang menyedihkan bersama Ferrari, yang gagal memenangi sebarang perlumbaan pada 2025 apabila pemandu Britain berusia 40 tahun itu gagal menamatkan podium Grand Prix buat kali pertama dalam karier F1nya yang gemilang.

Namun, Norris meramalkan Hamilton akan bangkit semula musim depan.

“Kami sudah pun banyak beradu sengit. Saya ingin berlumba lebih kerap dengan Lewis.

“Sudah tentu, Ferrari menghadapi musim yang jauh lebih sukar daripada jangkaan semua orang.

“Lewis membuktikan dirinya mungkin yang terbaik sepanjang zaman. Semua tahu jika sesiapa boleh bangkit selepas tahun sukar, ia adalah Hamilton, dan saya ingin berlumba lebih kerap menentangnya.

“Sentiasa satu penghormatan apabila saya berpeluang berlumba dengan seseorang yang terbaik di dunia. Anda memang ada beberapa nama besar seperti Fernando Alonso), Lewis, Max (Verstappen).

“Ramai di antara kami yang ingin menapak jejak mereka. George dan Oscar (Piastri) adalah sebahagian daripadanya dan banyak lagi pemandu lain di grid.” – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here