Home Buletin Semasa JUAL 500 NASI LEMAK SEHARI

JUAL 500 NASI LEMAK SEHARI

194
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Penangan nasi lemak bajet kini mendapat sambutan meriah sehingga tidak menang tangan meskipun baru sebulan berniaga.

Hanya dari ilham mimpi, peniaga jalanan mampu menjual 500 bungkus nasi lemak dalam sehari pada harga RM1.50


Siti Zainab Nawawi, 35, tidak menduga perniagaannya kini menjadi pilihan ramai setelah adiknya memuat naik video nasi lemak di tiktok baru-baru ini.

“Lebih kepada bersedekah kak ilham kak nak bantu orang yang betul-betul apa betul-betul mencari makanan yang bajet dan anak yang ramai kiranya untuk nasi pagi tu customer dapat beli dengan kondisi yang banyak,”katanya Ketika ditemui, di sini.

Zainab berkata soal modal dan keuntungan itu tidak menjadi masalah padanya oleh kerana keikhlasannya dalam berniaga terutama kepada golongan yang sangat memerlukan.

Setakat ini dia mempunyai tiga orang pekerja untuk membantunya kerana sejak tular memang ramai yang datang untuk mencuba nasi lemaknya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here