Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
Boleh dikatakan aplikasi video TikTok adalah antara platform media sosial yang popular pada masa kini.
Bukan sahaja dalam kalangan generasi muda, orang dewasa malah kanak-kanak juga terdedah dengan platform ini.
Cuma yang menjadi persoalan, sejauh mana aplikasi ini selamat untuk kanak-kanak?
Memandangkan ia tidak mempunyai batas sempadan dan sesiapa sahaja bebas untuk melihat apa yang dimuat naik dalam aplikasi tersebut tanpa sebarang sekatan.
Bimbang sekiranya video yang ditonton tidak sesuai dengan usia yang masih muda.
Wartawan Imedikel TV bertanyakan pendapat orang ramai, berhubung isu tersebut.
Nur Izzatul Adawiyah Azman, 24, dari Terengganu berpendapat bahawa kanak-kanak sekarang terlalu terdedah dengan perkara yang tidak sesuai dengan umur mereka.

Izzatul Adawiyah Azman, 24 Tahun
“Generasi Tiktok sekarang ini menggunakan Bahasa yang kadang memang kita tak boleh faham apa yang nak disampaikan, especially yang selalu tengok game streaming,”
“Untuk membendungnya memang susah kerana algorithm tiktok ini akan selalu keluar video yang selalu mereka tengok,” katanya.
Farhana Abdul Roub, 25, dari Labu, Negeri Sembilan berkata, tidak menjadi masalah untuk kanak-kanak terdedah dengan Tiktok kerana ia mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri.

Norfarhana Abdul Roub, 25 Tahun
“Dari segi kebaikan kita boleh tengok Tiktok juga ada pengisian dari segi perkara yang positif seperti tips untuk cemerlang dari segi pembelajaran atau cara kanak-kanak berkomunikasi,”
“Orang tua ni ibu bapa, abang atau kakak tidak boleh menyekat kanak-kanak untuk guna Tiktok sebaliknya mengawasi sahaja dari segi kawalan pengunaan Tiktok sehari berapa jam boleh buka atau tengok dan penjelasan dari sudut keburukkan kanak-kanak tu jangan biarkan tengok sendirian kerana ada content yang tidak berapa baik,” katanya.
Manakala, Nur Zuraini Nordin, 29, dari Bachok mengatakan isu kanak-kanak didedahkan dengan aplikasi Tiktok ini tidak wajar kerana banyak keburukan dari kebaikan.

Nur Zuraini Binti Nordin, 29 tahun
“Selain itu, terdapat banyak kandungan yang tidak sesuai walaupun tetapan akaun diubah kepada peribadi dan mungkin masih terdedah kepada kandungan seksual atau ganas yang dihantarkan ke suapan awam,” katanya.
Tiktok adalah aplikasi yang boleh mendorong penciptaan kandungan dan pengguna dapat menggunakan fungsi “Reactions” untuk membalas kepada video yang digemari dengan aksi rakaman diri sendiri.
Imedikel TV






