Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengenakan tindakan gantung sekolah terhadap beberapa murid yang terbabit dalam kejadian salah laku buli di sebuah sekolah di negeri itu baru-baru ini.
JPNS dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan mengambil tindakan serta-merta berdasarkan peraturan-peraturan disiplin yang sedang berkuat kuasa.
“Selain hukuman gantung sekolah, murid terbabit turut dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk tujuan intervensi,” menurut kenyataan itu.
JPNS menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu salah laku buli serta akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan di bawah kelolaannya sentiasa terpelihara.
IMedikel TV






