Home Buletin Semasa JPM PERJELAS BMW DIGUNA PM HANYA SEMENTARA, BUKAN KENDERAAN RASMI BAHARU

JPM PERJELAS BMW DIGUNA PM HANYA SEMENTARA, BUKAN KENDERAAN RASMI BAHARU

49
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bersifat sementara dan bukannya kenderaan rasmi baharu seperti yang didakwa.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Jabatan Perdana Menteri, JPM bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) menjelaskan kenderaan berkenaan adalah aset sedia ada milik BIUPA yang disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara.

“Kenderaan berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara khususnya untuk kegunaan Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan bertaraf Presiden atau Perdana Menteri yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, selaras dengan keperluan protokol dan keselamatan antarabangsa.

“Bagi tujuan itu, kenderaan ini perlu memenuhi spesifikasi keselamatan yang direka untuk menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan, serta risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, penggunaan sementara kenderaan berkenaan oleh Perdana Menteri dibuat atas nasihat dan penilaian keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Langkah itu diambil berikutan kenderaan rasmi Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani kerja-kerja penyelenggaraan. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here