Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan kesahihan dokumen bertajuk Perintah Larangan Penggunaan Telefon Pintar Bagi Individu Di Bawah Umur 16 Tahun yang tular di aplikasi WhatsApp semalam.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, JPM menegaskan bahawa dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh jabatan itu.
“Untuk makluman bersama, jabatan ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara ini,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa beretika dan bertanggungjawab serta memastikan kesahihan maklumat sebelum dikongsikan kepada pengguna lain untuk mengelak sebarang kekeliruan.
JPM turut mengingatkan penyebaran berita atau maklumat palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
IMedikel TV






