Home Buletin Semasa JPJ SITA KENDERAAN MEWAH ALPHARD, MUSTANG 

JPJ SITA KENDERAAN MEWAH ALPHARD, MUSTANG 

9
0

Oleh Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KULIM: Dua kenderaan mewah jenis Toyota Alphard dan Ford Mustang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam Ops Penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Kulim pada Ahad lalu.

Dalam operasi pertama di KM1 Kelang Lama pada jam 2.28 petang, sebuah Ford Mustang disita selepas pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu sudah tamat tempoh selain tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.

“Susulan kesalahan tersebut, saman dikeluarkan kepada pemandu manakala kenderaan terbabit disita untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),”menurut kenyataan itu.

Dalam operasi berasingan di KM2 Jalan Sungai Seluang pada jam 3.53 petang, sebuah Toyota Alphard turut disita selepas pemandunya didapati memandu menggunakan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang telah tamat tempoh.

“Pemeriksaan turut mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan itu juga telah tamat tempoh walaupun perlindungan insurans masih sah.

“Saman dikeluarkan terhadap pemandu, manakala Toyota Alphard berkenaan disita bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),’tambah kenyataan itu.

Menerusi kenyataan di laman rasmi jabatan itu, JPJ menegaskan tiada kompromi atau pengecualian terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang, termasuk membabitkan kenderaan mewah, dan akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan serta keselamatan pengguna jalan raya.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here