Home Buletin Semasa JPJ PANGGIL SEMULA 8,322 KENDERAAN TIGA JENAMA BERISIKO KEMALANGAN

JPJ PANGGIL SEMULA 8,322 KENDERAAN TIGA JENAMA BERISIKO KEMALANGAN

454
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memanggil semula 8,322 kenderaan daripada tiga jenama di seluruh negara susulan risiko kemalangan akibat kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem kenderaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tiga jenama kenderaan terbabit adalah KIA, Yamaha dan Mercedezs-Benz.

“Semua pengeluar akan menghubungi pemilik kenderaan masing-masing bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan.

“Pengeluar jenama KIA akan memanggil semula kenderaan model KIA Bio UB tahun keluaran 2010 hingga 2017 membabitkan 5,123 pemilik yang berkemungkinan mengalami litar pintas elektrik berisiko yang boleh kebakaran pada ‘circuit board Hydraulic Electronic Control Unit (HECU),” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Selain itu, pengeluar Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd turut memanggil semula tiga model motosikal keluarannya iaitu MT09 dan Tracer 9 GT keluaran November 2021 hingga Februari tahun ini serta Tenere 700 keluaran 2023 hingga 2024.

Katanya, tiga model itu membabitkan 3,167 unit motosikal dan dikenal pasti mengalami masalah Throttle Position Sensor (TPS) serta sistem klac yang boleh menjejaskan penukaran gear.

“Mercedes-Benz Malaysia juga memanggil semula 32 unit kenderaan model keluaran 2023 hingga tahun ini termasuk S 580 e, S GLC 300 4MATIC, EQS 500, AMG SL 43,AMG EQE 53, dan AMG EQS 53,” katanya.

Tambah Aedy, isu teknikal yang dikenal pasti adalah kotak fius yang mungkin tidak dipasang semula dengan sempurna, sekali gus menjejaskan keselamatan sistem kenderaan.

Beliau berkata, semua kos pembaikan komponen tersebut akan ditanggung oleh pengeluar.

Namun, beliau turut menggesa semua pemilik kenderaan membuat perancangan supaya proses pemanggilan semula dan pemeriksaan berjalan lancar.

“Sebarang maklumat berkenaan proses ini boleh menghubungi atau mengunjungi mana-mana pusat jualan atau perkhidmatan berdekatan.

“JPJ akan memantau pelaksanaan proses ini dan komited memastikan semua unit kenderaan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here