Home Sukan DAVIDE ANCELOTTI DILANTIK SEBAGAI JURULATIH BOTAFOGO

DAVIDE ANCELOTTI DILANTIK SEBAGAI JURULATIH BOTAFOGO

343
0

RIO DE JANEIRO: Davide Ancelotti, anak lelaki pengendali skuad kebangsaan Brazil, Carlo Ancelotti dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Botafogo, menurut kelab berpangkalan di Rio de Janeiro itu semalam.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Davide, 35, akan memulakan tugas pertamanya sebagai ketua jurulatih selepas sekian lama berkhidmat sebagai pembantu kepada bapanya di kelab ternama seperti Real Madrid, Everton, Napoli dan Bayern Munich.

Beliau menggantikan Renato Paiva yang dipecat selepas Botafogo tersingkir pada pusingan 16 terakhir Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Davide Ancelotti menandatangani kontrak hingga akhir tahun 2026.

Sebelum ini, beliau berpindah ke Brazil untuk menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan Brazil di bawah kendalian Carlo Ancelotti, namun dilepaskan daripada tugas itu bagi membolehkannya mengambil alih jawatan di Botafogo.

Carlo Ancelotti meninggalkan Real Madrid pada hujung musim lalu selepas dilantik sebagai ketua jurulatih Brazil pada 12 Mei.

Beliau merupakan jurulatih asing pertama yang membimbing pasukan kebangsaan Brazil, pemegang rekod lima kali juara Piala Dunia, sejak 1965. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here