Home Buletin Semasa JPJ PAHANG KELUAR 50 NOTIS KESALAHAN DALAM OPERASI GEMPUR KBP

JPJ PAHANG KELUAR 50 NOTIS KESALAHAN DALAM OPERASI GEMPUR KBP

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengeluarkan 50 notis pelbagai kesalahan pada Operasi Gempur Kenderaan Perdagangan (KBP) di daerah ini, kelmarin

Operasi membabitkan pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan diadakan dilaluan utama Jalan Pintasan Gebeng–Gambang, Jalan Pintasan Jabor (MCKIP)–Sungai Ular, Jalan Pelabuhan Kuantan–Gebeng dan Jalan Permatang Badak.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman, berkata 50 notis dikeluarkan membabitkan enam di bawah Seksyen 63(1), lapan di bawah Seksyen 61(1), lapan

“Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1), 27 saman pelbagai kesalahan lalu lintas dan kenderaan perdagangan (P22) dan satu notis lain-lain kesalahan.

“Operasi selama 10 jam bermula 8.00 pagi membabitkan pemeriksaan secara penguatkuasaan berfokus dan pemeriksaan mengejut, tumpuan operasi dilaluan yang menjadi jalan utama kenderaan perdagangan di daerah ini,” katanya.

Menurutnya, antara kesalahan dikesan sepanjang Ops Gempur KBP seperti membawa muatan secara berbahaya sebanyak enam kes, kesalahan teknikal membabitkan tayar haus sebanyak dua kes serta lima kes membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan dan soal selidik terhadap pemandu mendapati mereka mendakwa terpaksa membawa lebih muatan mengikut arahan majikan supaya membawa muatan melebihi had yang dibenarkan atas faktor kos operasi yang tinggi.

“Pada operasi kali ini kita mengenal pasti terdapat pemandu yang pernah dikenakan tindakan saman secara berulang kali atas kesalahan sama, kita sedang menentukan jumlah kesalahan berulang yang dilakukan pemandu,” katanya.

Beliau menambah, JPJ Pahang akan meneruskan operasi penguatkuasaan bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan berada dalam keadaan selamat sepanjang berada diatas jalan raya. Tidak membahaya pada pengguna jalan lain.

Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya berkata, syarikat pengangkutan serta pemandu diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dan dokumen berkaitan sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan sebelum memulakan perjalanan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Kita tidak akan berkompromi dengar dengan syarikat pengangkutan dan pemandu yang melanggar peraturan serta undang-undang, tindakan tegas menanti mereka terbabit.

“Jabatan tidak berniat untuk menyusahkan pihak terbabit, nasihat saya mereka perlu mematuhi semua peraturan yang ada dalam memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here