Home Buletin Semasa JPJ MENANG ANUGERAH “DIGITAL TRANSFORMATION OF THE YEAR – TRANSPORTATION” DI GOVMEDIA...

JPJ MENANG ANUGERAH “DIGITAL TRANSFORMATION OF THE YEAR – TRANSPORTATION” DI GOVMEDIA AWARDS 2025

491
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengharumkan nama negara apabila menerima pengiktirafan antarabangsa dalam bidang pendigitalan menerusi kemenangan dalam The GovMedia Awards 2025 bagi kategori “Digital Transformation of the Year – Transportation”.

Anugerah berprestij yang berlangsung di Singapura pada Khamis itu menyaksikan JPJ Malaysia mengungguli kategori tersebut menerusi inisiatif aplikasi MyJPJ, yang menjadi tonggak utama dalam usaha transformasi digital jabatan itu.

Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan, berkata kemenangan itu mencerminkan komitmen berterusan JPJ dalam memperkasa agenda pendigitalan perkhidmatan awam, khususnya dalam sektor pengangkutan negara.

“Kejayaan ini mencerminkan usaha berterusan JPJ dalam memacu agenda pendigitalan perkhidmatan awam khususnya dalam sektor pengangkutan, sejajar dengan aspirasi Kerajaan ke arah pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan,”katanya.

Beliau berkata The GovMedia Awards adalah platform pengiktirafan kepada agensi kerajaan dan syarikat di rantau Asia Pasifik yang melaksanakan projek transformasi berkualiti tinggi dan berimpak besar.

“Anugerah ini dinilai secara profesional oleh panel bebas terdiri daripada syarikat audit terkemuka dunia termasuk PwC, Ernst & Young (EY) dan KPMG,”katanya.

Datuk Aedy turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia  (MOT) serta semua pihak yang memberikan sokongan berterusan kepada JPJ sepanjang pelaksanaan inisiatif digital ini.

“Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh inovasi dan kecemerlangan dalam sektor pengangkutan negara,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here