Home Buletin Semasa JPJ KULIM SITA TOYOTA HILUX BEROPERASI TANPA INSURANS SELAMA SETAHUN

JPJ KULIM SITA TOYOTA HILUX BEROPERASI TANPA INSURANS SELAMA SETAHUN

37
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KULIM: Sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim selepas dikesan beroperasi tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans yang sah dalam satu pemeriksaan di Jalan Sungai Ular, berhampiran JPJ Kulim, petang semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman rasmi JPJ, kenderaan berkenaan ditahan ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Taiping.

“Hasil pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi Toyota Hilux itu telah tamat tempoh, selain tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah selama setahun.

“Susulan kesalahan tersebut, pihak JPJ mengeluarkan saman terhadap pemilik atau pemandu kenderaan berkenaan sebelum bertindak menyita kenderaan itu untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987,”menurut kenyataan itu hari ini. 

JPJ menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan semua kenderaan yang berada di jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here