Home Buletin Semasa 18 MOTOSIKAL DISITA, 160 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OPS PEWA JPJ KEDAH

18 MOTOSIKAL DISITA, 160 SAMAN DIKELUARKAN DALAM OPS PEWA JPJ KEDAH

53
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JITRA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan sebanyak 160 notis saman serta menyita 18 motosikal dalam Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dilaksanakan di sekitar kawasan C-Mart, di sini.  

Operasi penguatkuasaan itu berjaya mengesan pelbagai kesalahan jalan raya termasuk memandu tanpa lesen memandu yang sah, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta beberapa pelanggaran lain di bawah peruntukan undang-undang jalan raya.

Menurut JPJ Kedah menerusi satu kenyataan di laman rasmi jabatan itu, kebanyakan tindakan penguatkuasaan yang diambil membabitkan pemandu warga asing etnik Rohingya yang mendakwa motosikal yang digunakan adalah dipinjam dengan kebenaran pemilik.

JPJ Kedah menegaskan bahawa setiap pengguna jalan raya wajib mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan memberi amaran bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan serta pematuhan peraturan jalan raya sentiasa terjamin.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here