Home Sukan JONASSEN AKUI ISKANDAR JURULATIH BERKALIBER

JONASSEN AKUI ISKANDAR JURULATIH BERKALIBER

410
0

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin antara calon yang sesuai untuk mengemudi posisi selaku jurulatih perseorangan wanita negara.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen mengakui Iskandar mempunyai pengalaman cukup bagus dan luas di peringkat antarabangsa, sekali gus mampu membantu skuad badminton negara melahirkan pemain wanita yang lebih berkualiti.

“Saya tak boleh sahkan (dalam senarai calon pendek), tapi dia memang satu topik yang baik. Jurulatih berpengalaman dan pasti boleh membantu memperkukuh barisan kita.

“Cuma ia bergantung kepada masa yang sesuai dan kedudukan yang tepat dalam struktur sedia ada,” katanya.

Selain itu, jurulatih kelahiran Denmark itu juga tidak menolak mungkin terdapat beberapa calon lain yang akan diketengahkan dalam membantu memperkuatkan program akar umbi sehingga ke peringkat atas.

“Kami masih dalam proses. Sekarang pertengahan tahun, jadi kebanyakan jurulatih sedang terikat kontrak dan masa yang sesuai sangat penting untuk realisasikan pelantikan,” katanya.

Ketika ini Iskandar adalah jurulatih untuk negara Ireland dan berjaya membawa pemain perseorangan lelaki mereka, Nhat Nguyen layak beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Malah, dia juga berjaya menewaskan wakil negara, Leong Jun Hao di Masters Malaysia, bulan lalu.

Terdahulu, Arena Metro ada melaporkan bahawa jurulatih berusia 34 tahun itu sedang mempertimbangkan tawaran daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan di bawah badan induk itu.

Namun ia bukan tugas mudah kerana beliau masih ada kontrak bersama Ireland sehingga 2028.

Kekosongan jawatan berlaku selepas Jeffer Rosobin memilih untuk menamatkan khidmatnya bersama BAM bagi menumpukan kepada keluarga, walaupun meninggalkan legasi hebat dalam pembangunan pemain remaja dengan membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa di Kejohanan Remaja Dunia 2024. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here