Home Buletin Semasa JKNK KELANTAN KESAN 102 KES PENYAKIT BERJANGKIT DI PPS

JKNK KELANTAN KESAN 102 KES PENYAKIT BERJANGKIT DI PPS

126
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan IMedikel TV


KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri (JKNK) Kelantan mengesan 102 kes penyakit berjangkit di pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga semalam.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata antara penyakit berjangkit yang dikesan adalah 69 kes jangkitan saluran pernafasan, 27 kes penyakit kulit, empat kes demam, satu kes cirit birit dan satu kes sakit mata.

Menurutnya kes paling banyak dikesan ialah penyakit melibatkan saluran pernafasan iaitu di Bachok dengan 59 kes manakala di Pasir Mas dengan 20 kes bagi penyakit kulit.

“Untuk penyakit bawaan air ini jabatan telah membuka klinik di PPS yang berkaitan dan sekiranya keadaan pesakit agak teruk ia akan dirujuk di hospital berdekatan.

“Setakat ini pihak jabatan berpuas hati dengan kaedah penyediaan makanan di PPS, namun menasihatkan kepada kesemua mangsa banjir agar sentiasa mengamalkan pemakanan sihat termasuk hidu dan rasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penyerahan Kamera Badan Penguatkuasaan Dibawah Akta Kesihatan Awam di Wisma Persekutuan di sini, semalam.

Menurut Dr Zaini, mereka yang mempunyai gejala pernafasan seperti batuk dinasihatkan agar sentiasa menggunakan penutup hidung dan mulut untuk mengelak jangkitan.

“Untuk musim banjir kali ini jabatan juga telah menyediakan seramai 130 pegawai perubatan dan 745 kakitangan kesihatan di seluruh negeri.

“Jabatan juga turut menerima sebanyak 30 kamera badan diserahkan kepada semua Unit Inspektorat dan Perundangan daerah di Kelantan untuk memelihara integriti dan meningkatkan imej penguatkuasa Kementerian, selain memastikan ketelusan dalam pelaksanaan penguatkuasaan.

“Penggunaan kamera badan ini turut menjaga kebajikan dan keselamatan pegawai penguat kuasa dan mengatasi isu ancaman dan halangan terhadap anggota penguatkuasa .

“Unit Inspektorat dan Perundangan JKNK sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Kelantan termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan Akta Kesihatan Awam demi kepentingan kesihatan awam,” katanya.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here