Home Buletin Semasa JIM KELANTAN TAHAN 25 PATI 

JIM KELANTAN TAHAN 25 PATI 

133
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 25 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Ops Sapu, Ops Kutip dan Ops Mahir di sekitar Kota Bharu dan Bachok, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah JIM Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman dalam kenyataan memaklumkan operasi itu dijalankan pada jam 1.00 petang itu membabitkan seramai 18 pegawai penguat kuasa.

“Bertindak atas hasil risikan daripada Bahagian Penguatkuasa, JIM Kelantan telah membuat pemeriksaan terhadap warga asing di sekitar Kota Bharu, Jelawat dan Kg Balai Bachok.

“Dalam operasi ini, JIM Kelantan berjaya menahan 10 lelaki warga Bangladesh, lima lelaki warga Thailand, lapan lelaki warga Pakistan dan dua lelaki warga Indonesia berusia lingkungan umur antara 20 tahun hingga 50 tahun,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya kesemua warga asing ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

JIM Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here