Home Sukan JERMAN CEMAS SEBELUM SINGKIR ITALI

JERMAN CEMAS SEBELUM SINGKIR ITALI

146
0

DORTMUND, Jerman: Jerman terselamat daripada kebangkitan separuh masa kedua Itali, mensia-siakan pendahuluan tiga gol sebelum seri 3-3 di Dortmund awal pagi tadi, sebelum mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara 5-4 secara agregat.

Persembahan memukau Joshua Kimmich pada babak pertama, dengan satu penalti dan dua umpanan gol buat Jamal Musiala dan Tim Kleindienst, menyaksikan Jerman mendahului 3-0 ketika rehat.

Namun, Itali yang dilanda kecederaan bangkit memberi saingan pada babak kedua, Moise Kean menyumbat dua gol untuk mengancam tuan rumah.

Itali kelihatan akan menyamakan kedudukan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas 73 minit, tetapi ia dinafikan oleh VAR.

Giacomo Raspadori kemudian menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk memberikan Itali sekelumit harapan.

Keputusan itu bukan sahaja membantu Jerman layak ke separuh akhir Liga Negara-Negara buat julung kali, tetapi ia bermakna baki kejohanan itu akan diadakan di bumi Jerman, di Stuttgart dan Munich pada Jun depan.

Di sebalik cemas pada babak kedua, kemenangan itu meneruskan kebangkitan Jerman di bawah kendalian Julian Nagelsmann.

Satu-satunya kekalahan Jerman dalam 17 perlawanan terakhir mereka hadir selepas masa tambahan pada Euro 2024 di tangan juara Sepanyol pada suku akhir.

Nagelsmann berkata Jerman “belajar sesuatu untuk pembangunan” daripada perlawanan itu, menambah “kami tahu betapa bagusnya kami boleh bermain bola sepak – tetapi kami perlu memperagakannya sepanjang perlawanan.”

“Saya pulang dengan memahami apa yang mampu kami lakukan, tetapi bagus juga kami perlu melakukan sesuatu yang lebih sedikit,” katanya.

Jurulatih Itali, Luciano Spalletti mengakui pasukannya kekurangan “kematangan” dan berkata “anda sering belajar daripada perlawanan sebegini.”

“Babak kedua amat bagus, tetapi kami terlalu takut untuk bermain sebegitu bagi sepanjang perlawanan.” – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here