Home Sukan JEPUN,KOREA SELATAN,AUSTRALIA UNGGUL

JEPUN,KOREA SELATAN,AUSTRALIA UNGGUL

HONG KONG: Bintang Korea Selatan, Son Heung Min meledak dua gol dan mengumpan gol ketiga sekali gus membantu mengatasi China 3-0 ketika pasukan utama Asia menang pada aksi kedua kelayakan Piala Dunia 2026 malam tadi.

Jepun, Australia, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi semuanya menang, manakala Kuwait dan Korea Utara berpesta gol dalam laluan meraih kemenangan.

Son bertindak cemerlang ketika Korea Selatan melengkapkan kemenangan berturut-turut bagi permulaan cabaran mereka memburu tiket ke pusingan akhir pada 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Dia meletakkan Korea di depan pada pertembungan Kumpulan C apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11 ke arah kanan penjaga gol China, Yan Junling.

Son menambah gol kedua pada minit ke-45 menerusi tandukan susukan sepakan sudut Lee Kang In sebelum menjadi pengumpan tiga minit sebelum tamat apabila sepakan percumanya menyaksikan Jung Seung Hyun menanduk masuk melepasi jangkauan Yunling bagi memastikan kemenangan.

Penyerang Jepun, Ayase Ueda (dua dari kanan) merembat masuk satu gol ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Syria di Stadium Putera Abdullah al-Faisal di Jeddah, Arab Saudi malam tadi. – Foto AFP

kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia dan mencetus kekalahan pertama China selepas menang ke atas Thailand minggu lalu.

Thailand bangkit daripada kekalahan itu untuk menundukkan Singapura 3-1 dengan Suphanat Mueanta meledak dua gol pada babak kedua buat pasukan kendalian Mano Polking, yang terikat bersama China dengan tiga mata.

Jepun turut merekod kemenangan kedua berturut-turut dengan Ayase Ueda menyumbat dua gol ketika membelasah Syria 5-0 di Jeddah yang memberikan anak buah Hajime Moriyasu kelebihan tiga mata di depan Korea Utara dan Syria dalam Kumpulan B.

Jong Il Gwan meledak hatrik ketika Korea Utara meraih kemenangan pertama dengan membenam Myanmar 6-1 di Yangon sesudah memulakan kempen mereka dengan kekalahan di tangan Syria minggu lalu.

Harry Souttar menjaringkan gol tunggal membantu Australia menang 1-0 ke atas Palestin dalam Kumpulan I, yang dilangsungkan di Stadium Antarabangsa Jaber Al-Ahmad, Kuwait disebabkan konflik Israel-Hamas di Semenanjung Gaza.

Pemain Qatar, Almoez Ali meraikan gol kedua bersama Yusuf Abdurisag ketika menewaskan India 3-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Kalinga, Bhubaneswar malam tadi. – Foto REUTERS

Pemain bertafakur selama seminit sebelum Souttar menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke-18 menerusi tandukan.

Australia mengungguli kumpulan itu dengan enam mata, empat mata di depan Lubnan yang seri 1-1 dengan Bangladesh.

Gol babak kedua menerusi Oston Orunov dan Igor Sergeev menyaksikan Uzbekistan bangkit daripada ketinggalan dua gol ketika rehat untuk seri 2-2 dengan Iran dalam Kumpulan E, menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip empat mata, tiga mata di depan Hong Kong dan Turkmenistan yang seri 2-2.

Mohanad Ali menjaringkan gol enam minit pada masa kecederaan untuk membantu Iraq menang 1-0 ke atas Vietnam dalam Kumpulan F di gelanggang lawan ketika pasukan kendalian Jesus Casas melonjak dengan enam mata.

Vietnam kekal di tangga kedua kumpulan itu selepas Filipina dan Indonesia seri 1-1 di Manila. – REUTERS-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here