Home Buletin Semasa JENAZAH IRINE SOFIYA SELAMAT DIKEBUMI, BAPA TUNTUT KEADILAN

JENAZAH IRINE SOFIYA SELAMAT DIKEBUMI, BAPA TUNTUT KEADILAN

Oleh: Wartawan IMedikel TV

BATU PAHAT: Bapa kepada Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, memohon agar semua pihak membantu menegakkan keadilan buat anaknya yang maut dipercayai dibunuh di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini.

Mohd. Khairool Faisal Khyar, 42, berkata, pihak keluarga amat menghargai sokongan serta bantuan orang ramai yang hadir dan membantu melancarkan urusan pengebumian anaknya.

“Saya ayah kepada Irene Sofiya. Kami berterima kasih kepada semua yang datang dan kami harap dapat sokongan semua untuk tegakkan keadilan untuk anak saya, arwah anak saya.

“Itu sahaja yang kami harap,” katanya ketika ditemui selepas selesai urusan pengebumian anaknya malam semalam.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai kejadian menimpa Irene Sofiya ketika berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja kira-kira pukul 6 petang semalam.

Katanya kali terakhir mereka bertemu kira-kira dua minggu lalu ketika Irene Sofiya pulang bercuti dan ketika itu, anaknya dilihat seperti biasa serta ceria menjalani kehidupan sebagai pelajar.

“Saya meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat atau spekulasi yang tidak sepatutnya berhubung kematian anaknya.

“Semuanya pun dalam siasatan polis dan kita serahkan kepada pihak yang berkuasa,”katanya.

Sebelum itu, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini, kira-kira jam 7.50 malam tadi.

Suasana hiba menyelubungi perjalanan terakhir Allahyarham yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara, rakan, guru dan penduduk kampung.

Sebelum itu, jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, kira-kira jam 6 petang semalam.

Jenazah kemudian dibawa ke rumah datuk dan neneknya di Kampung Parit Selamat, kira-kira jam 6.30 petang sebelum disembahyangkan di kediaman berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here