Home Buletin Semasa JBPM KELANTAN TERIMA 5 KES LEMAS PADA JANUARI

JBPM KELANTAN TERIMA 5 KES LEMAS PADA JANUARI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima lima kes lemas hingga Januari tahun ini.

Pengarahnya, Farhan Sufyan Borhan berkata kes yang diterima itu agak tinggi berbanding tahun sebelum.

“Kalau kita lihat pada tahun ini untuk kes lemas kita menerima lima kes pada bulan Januari yang pada kami amat tinggi.

“Kalau dibandingkan dengan tahun lalu kami menerima hanya 20 kes untuk sepanjang tahun dan pada 2023 ada 28 kes,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Perbarisan Tahunan JBPM Negeri Kelantan, di Ibu Pejabat JBPM, di Tunjong, di sini, hari ini.

Katanya bagi mengurangkan kes tersebut, pihak JBPM Kelantan berhasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN).

“Hasrat ini kami sudah sampaikan kepada pihak JPN yang mana pihak JBPM Kelantan dan JPN akan bekerjasama untuk melatih terutama kepada pelajar-pelajar dan kadet bomba untuk melatih asas renang.

“Kita akan memilih beberapa sekolah untuk kita ajar asas tersebut. Bukan untuk menjadi penyelamat tetapi sekurang-kurangya mereka boleh menyelamatkan diri sekiranya berlaku kejadian kecemasan yang melibatkan aktiviti di air.

“Selain itu JBPM Kelantan adalah agensi pelaksanaan di bawah Majlis Keselamatan aktiviti di air dan itu adalah antara program kami,”katanya.

Menurutnya selain di sekolah, program tersebut juga akan dibuka kepada orang awam secara berkala untuk latihan asas renang.

Katanya terdapat 21 kawasan titik panas untuk kes lemas di negeri ini.

“Pada tahun ini yang amat merisaukan adalah di kawasan Bachok.di Bachok sahaja kita terima empat kes kejadian lemas.melibatkan lima nyawa. Satu kes lagi di Machang.

“Bagi mengatasi kejadian itu, pihak kami akan buat rondaan berkala. Kita juga akan bekerjasama dengan pihak-pihak yang menjadikan kawasan tersebut pusat peranginan.

“Kita sebenarnya ada Pasukan Bomba Bantuan untuk safety water rescue iaitu di Bachok dan Tok Bali untuk membuat rondaan secara berkala,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here