LONDON: Aston Villa berjaya naik ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Fulham 1-0, awal pagi tadi manakala Leeds United terikat 1-1 dengan Leicester City dalam pertarungan mengelak daripada zon penyingkiran.
Sejak Unai Emery mengendalikan kelab itu Villa terus bangkit dan kini merekodkan 10 perlawanan tanpa kalah dalam pemburuan mereka untuk beraksi di pentas Eropah.
Tyrone Mings menjaringkan gol tunggal perlawanan di Villa Park selepas pemain England itu menanduk masuk sepakan penjuru John McGinn pada minit ke-21.

Jaringan itu sudah cukup untuk Villa memintas kedudukan Tottenham Hotspur dan kini lima mata di belakang kelompok empat teratas liga namun beraksi lebih perlawanan berbanding Newcastle dan Manchester United dalam pertarungan memburu tiket liga juara-juara musim depan.
“Kami berada dalam kedudukan (Liga) Europa. Ia masih sukar tetapi selepas kemenangan ini kami akan terus berusaha, tiada apa yang mustahil,”
“Masih ada liverpool, tottenham dan brighton, kami akan berjuang habis-habisan tetapi dengan setiap kemenangan kami catatkan ia memberikan kami keyakinan dan peluang ke saingan eropah.”
Emery yang merangkul gelaran liga europa sebanyak empat kali ketika membimbing Sevilla dan Villareal.

Sementara itu, Leeds dan Leicester masih belum boleh menarik nafas lega apabila masing-masing gagal menjarakkan diri daripada zon penyingkiran selepas berkongsi mata di Elland Road.- AFP
Sumber BH Online & AFP
Imedikel TV






