Home Segmen Kesihatan JANGAN MERANA DALAM DIAM AKIBAT SENGGUGUT

JANGAN MERANA DALAM DIAM AKIBAT SENGGUGUT

195
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Sindrom pramenstruasi (PMS) adalah keadaan yang menjejaskan emosi, kesihatan fizikal, dan tingkah laku wanita pada hari-hari tertentu kitaran menstruasi, sebelum haid.

Ia merupakan perkara normal kitaran haid bagi kebanyakan wanita dan antara waktu paling mengerikan bagi sesetengah wanita.

Senggugut adalah kesakitan yang melibatkan bahagian abdomen, maka ramai yang terkeliru dan menganggap ia sebagai sakit perut biasa.

Oleh sebab itu, orang ramai perlu kenali simptom senggugut seperti:

  1. Kesakitan pada bahagian bawah belakang badan
  2. Rasa sakit dari bahagian kaki atas ke bawah
  3. Loya
  4. Muntah
  5. Cirit-birit
  6. Sakit kepala
  7. Mengalami kerengsaan
  8. Badan terasa lemah
  9. Wujud risiko untuk pengsan (dalam kes senggugut teruk)

Kekejangan yang teruk mungkin menyebabkan golongan wanita untuk berdepan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan seharian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here