Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV
BACHOK: Pakaian kucing bertemakan Cowgirl yang dipakai sedondon dengan pemiliknya memeriahkan lagi suasana di Program Cat Fashion Show di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok, di sini, baru-baru ini.
Niey Rohani, 48, berkata idea membuat busana yang bertemakan Cowgirl buat si bulus itu menarik perhatian ramai.
Menariknya lagi, busana itu adalah hasil jahitannya sendiri.

“Saya jahit sendiri baju kucing ini termasuk sekali dengan topi dan pakaian ini dipakai sekejap sahaja, kucing tak rimas dan aksesori pun maksimum dipakai tiga jam sahaja.
“Saya memilih tema Cowgirl sebab saya rasa jarang pemilik-pemilik kucing memperagakan kucing mereka dengan baju Cowgirl dan ianya lain dari yang lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Cat Fashion Show, di UMK, di sini, baru-baru ini.
Rohani berkata kucing yang dinamakan Luissa itu berusia tujuh tahun dan mempunyai berat tiga kilogram (kg).
Menurutnya, sempena program Cat Fashion Show yang diadakan itu, dia berpeluang untuk mengenali lebih ramai pemilik kucing.
IMedikel TV






