Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara menfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Khamis lalu berhubung sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi, khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman yang dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Menurut kenyataan semalam, Alasan Penghakiman tersebut antara lain mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan.
Jabatan itu menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu isu 40 peratus dan akan terus memulakan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah segera bagi memastikan perkara tersebut dapat diselesaikan secara konstruktif.
IMedikel TV






