Home Sukan ITALI BOLEH MUNCUL PASUKAN HEBAT – SPALETTI

ITALI BOLEH MUNCUL PASUKAN HEBAT – SPALETTI

171
0

ROME: Itali boleh muncul satu pasukan hebat jika mereka beraksi pada tahap terbaik, kata jurulatih Luciano Spalletti semalam, menjelang aksi menentang Belgium yang dianggapnya penting bagi kemaraan mereka dalam Liga Negara-Negara.

Azzurri, yang mengungguli Kumpulan 2 selepas menang kedua-dua perlawanan bulan lalu, melayan kunjungan Belgium awal pagi esok dan Israel Isnin ini. Belgium terikat tiga mata dengan pasukan tangga kedua Perancis manakala Israel di tangga tercorot dengan tanpa sebarang mata.

“Kami akan segera muncul satu pasukan hebat jika dalam setiap perlawanan kami mampu memberikan persembahan terbaik kami,” kata Spalletti pada sidang akhbar.

“Ia satu perlawanan genting bagi masa depan kami,” kata Spalletti, menambah pemain tengah AS Roma, Lorenzo Pellegrini akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Itali akan tampil tanpa pemain tengah Inter Milan yang cedera Nicolo Barella di samping pemain Liverpool, Federico Chiesa yang kurang sihat.

Spalletti menamakan penyerang Monza, Daniel Maldini dalam skuadnya, anak lelaki legenda Itali, Paolo yang meraih 126 penampilan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan dan cucu Cesare, yang kali terakhir mewakili Itali 61 tahun lalu.

Itali tersingkir pada pusingan 16 terakhir Euro 2024 dan gagal layak ke dua Piala Dunia berturut-turut, sesuatu yang memalukan negara yang memenangi trofi global itu empat kali.

Spalletti berkata, pasukan itu berasa bertanggungjawab untuk berada di Piala Dunia berikutnya pada tahun 2026,

tetapi ia tidak sepatutnya menjadi kegilaan.

“Ia adalah kejohanan yang menentukan sejarah kami, ia sudah membuatkan ramai orang bergembira,” katanya. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here