Home Hiburan ISTERI LUAH KATA SEMANGAT, SOKONGAN BUAT NABIL

ISTERI LUAH KATA SEMANGAT, SOKONGAN BUAT NABIL

174
0

KUALA LUMPUR: “Ayah, jangan risau, semuanya akan baik-baik saja,”. 

Demikian tulis isteri kepada Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub selepas suaminya yang juga penyampai radio Era terpalit kontroversi membabitkan perkauman baru-baru ini. 

Dalam luahan yang ditulis di platform media sosialnya itu, Zira turut memberikan kata-kata semangat kepada suaminya untuk sentiasa mengingati Allah atas segala yang berlaku. 

“Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingati-Nya, sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.

“Ayah ada kami, kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi ayah. Ayah seorang yang penyayang, prihatin, dan penuh sifat keibubapaan,” tulisnya. 

Tambah Zira, dia dan anak-anak akan sentiasa berada di samping suaminya. 

“Saya peminat terbesar ayah sampai bila-bila. Mungkin ada yang berkata buruk tentang ayah, tetapi saya lebih mengenali ayah berbanding mereka,” tulisnya. 

Dalam hantaran itu, Zira turut memuat naik gambar mereka sekeluarga. 

Terdahulu, Nabil serta dua lagi rakan penyampai, Radin dan Azad Jasmin bagi segmen 3 Pagi Era digantung tugas di stesen radio itu.

Selain mereka, beberapa kakitangan juga turut digantung tugas. – Hmetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here