Home Luar Negara ISRAEL BEDIL LAPANGAN TERBANG ALEPPO SYRIA

ISRAEL BEDIL LAPANGAN TERBANG ALEPPO SYRIA

212
0

Pesawat pejuang Israel membedil lapangan terbang Aleppo awal pagi tadi, sehingga menyebabkan kerosakan besar dan menghentikan penerbangan masuk dan keluar dari bandar kedua Syria.

Lapangan terbang itu adalah saluran utama bagi menyalurkan bantuan sejak gempa bumi pada 6 Februari lalu memusnahkan kawasan tenggara Turkiye dan Syria, namun ia kini terpaksa dihentikan.

“Tepat jam 2:07 pagi (waktu tempatan), musuh Israel melakukan serangan udara dari Latakia, Mediterranean barat yang menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Aleppo,” menurut agensi berita SANA yang memetik sumber tentera.

Kerosakan itu memaksa pihak berkuasa menutup lapangan terbang kepada semua penerbangan.

Tiada maklumat setakat ini mengenai mangsa yang terkorban.

Menurut pegawai kementerian pengangkutan, Suleiman Khalil, lebih 80 penerbangan membawa bantuan mendarat di Aleppo sejak sebulan lalu untuk disalurkan ke kawasan yang dilanda gempa bumi.

“Adalah tidak mungkin untuk menerima penerbangan yang membawa bantuan sehingga kerosakan dibaiki,” tambahnya.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, Israel melakukan ratusan serangan udara dengan menyasarkan tentera Syria dan sekutu Iran dan Hizbullah.

Tentera Israel jarang mengulas mengenai serangan individu terhadap Syria, namun berikrar berulang kali untuk meneruskan kempen udaranya bagi menghentikan musuh ketatnya, Iran daripada mengukuhkan kehadirannya.

Sumber: BH Online & AFP

— Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here