Home Hiburan INTAN NAJUWA AKUI EMOSI TERGANGGU LIHAT BAYI DIDERA

INTAN NAJUWA AKUI EMOSI TERGANGGU LIHAT BAYI DIDERA

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal dan kemarahannya terhadap isu penderaan bayi yang tular, baru-baru ini menerusi beberapa hantarannya di Threads, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, menerusi hantaran itu, Intan atau pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menegaskan bahawa bukan semua ibu sanggup meninggalkan anak kecil mereka kepada pengasuh semata-mata untuk bekerja.

Sebaliknya, katanya mereka terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidup dan masa depan anak-anak.

“Tiada ibu yang suka-suka nak keluar bekerja dan tinggalkan bayi mereka dengan pengasuh. Selalunya, mereka tiada pilihan. Ini adalah tentang masa depan mereka dan anak-anak. Jadi, tolong ada rasa empati sedikit,” tulisnya.

Dalam pada itu, Intan turut mengingatkan individu yang bekerja sebagai pengasuh perlu memastikan tahap kesihatan mental berada dalam keadaan baik serta benar-benar berkeupayaan menjaga kanak-kanak terutamanya bayi.

“Kalau rasa tak boleh jaga kanak-kanak, lebih baik cari kerja lain. Jangan aniaya anak orang,” tulisnya lagi.

Intan turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang terbabit dalam kes penderaan bayi yang tular itu.

“Tangkap semua mereka yang terlibat. Orang macam ni memang layak masuk penjara,” luahnya.

Sementara itu, dalam hantaran yang lain, Intan mengakui emosinya terganggu selepas menonton video penderaan bayi yang tular di media sosial walaupun bayi yang didera bukan anaknya.

Justeru, Intan memohon kepada pihak berkuasa untuk tidak melepaskan pengasuh-pengasuh yang terbabit daripada menerima hukuman.

“Sakit hati tengok video bayi kena dera dengan pengasuh. Walau apa pun jadi, pihak berkuasa tolong jangan lepaskan mereka yang jahat itu. Mereka layak untuk dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan,” tulisnya.

Menjengah ke dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kesal dengan isu penderaan bayi yang tular, baru-baru ini.

“Sakit hati betul tengok apa yang mereka buat dekat bayi tu. Sambil dibedung, digolekkan budak tu. Haih,” tulis warga net.

“Bukan awak je meroyan. Saya pun dalam kereta tertengok video ini terus menangis. Dah la nak masuk kerja, sakit hati dan sesak dada,” tulis netizen. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here