KUALA LUMPUR: Kumpulan Insomniacks nyata tidak pernah mengenal erti putus asa.
Di awal kemunculan nyata kumpulan dianggotai tiga anak muda, Iqie selaku vokalis dan gitar utama, Iskandar (pemain bes) dan Danial (gitar ritma) bukan ‘langkah sumbang’.
Memetik laporan menerusi berita harian,Sepanjang tujuh tahun pembabitan mereka sudah melakar pelbagai pencapaian membanggakan.
Antaranya, album EP berjudul Kepala Batu yang dilancarkan pada 2020 mendapat sambutan baik termasuklah dua lagu, Pulang dan Reminisensi.
Dua lagu berkenaan mendapat putaran tinggi, selain lagu Pulang menjadi juara Carta RIM dan masih berada di Carta RIM selama 182 minggu.
Tidak hanya itu, sedutan video muzik lagu Sempurna yang dilancarkan menerusi platform Instagram mencatat jumlah tontonan luar biasa, menduduki tangga pertama carta RIM selama 13 minggu dan masih berterusan.
Kini, Insomniacks memulakan langkah baru dengan melebarkan sayap ke negara jiran selepas bekerjasama dengan penyanyi Indonesia yang semakin popular, Nabila Taqiyyah menerusi single Belum Mulai.
Nabila adalah bekas naib juara program realiti popular di Indonesia iaitu Indonesian Idol musim ke-12 pada 2022.
Iqie berkata, single Belum Mulai ciptaan komposer dari Indonesia, Clara Riva dan S/EEK.
“Single ini agak berbeza kerana memiliki nuansa muzik kumpulan kugiran era 2000-an. Ia mengisahkan seseorang yang terpaksa melepaskan pujaan hatinya, sebelum sempat meluahkan perasaan cinta.
“Apa yang menakjubkan, sedutan single Belum Mulai yang dikeluarkan pertengahan Jun lalu mendapat lebih 850,000 tontonan dengan ribuan komen di Instagram.
“Ini diikuti 730,000 tontonan pada saat kami pendedahan rekaan muka depan lagu yang disiar di IG.
“Single Belum Mulai menjalani proses rakaman di Jakarta pada Mac, manakala penggambaran muzik video baru sahaja selesai penggambaran pada bulan lalu,” kata Iqie.
Terdahulu, pada 2022, pemain dram, Gavin Wong berundur diri berikutan tidak boleh memberikan komitmen dan terikat dengan etika pekerjaan.
Insomniacks meneruskan perjuangan bertiga dan tidak berhasrat mencari pengganti Gavin.
Caption : Insomniacks tampil berpadu suara bersama naib juara Indonesian Idol, Nabila Taqiyyah menerusi single Belum Mulai.-BH ONLINE-
Imedikel TV






