Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
QATAR: Kedutaan Besar Malaysia di Doha dimaklumkan berlaku kejadian serangan di Qatar.
Dalam notis rasmi yang dikeluarkan pada Sabtu, kedutaan meminta rakyat Malaysia tidak keluar dari rumah atau bangunan kecuali jika benar-benar perlu.
“Sila ambil langkah berjaga-jaga dan terus mengikuti perkembangan semasa melalui sumber-sumber yang sahih.
“Bagi mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan agar menangguhkan perjalanan terlebih dahulu serta menyemak jadual penerbangan terkini bagi mengelakkan sebarang kesulitan,”jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pihak kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa Qatar dan maklumat lanjut akan menyusul.
Bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi kedutaan melalui talian 24 jam di +974-3374 6733 atau melalui emel di mwdoha@kln.gov.my.
IMedikel TV






