Home Buletin Semasa JKDM KELANTAN RAMPAS 14 KENDERAAN MEWAH SELUDUP BERNILAI RM4.45 JUTA

JKDM KELANTAN RAMPAS 14 KENDERAAN MEWAH SELUDUP BERNILAI RM4.45 JUTA

189
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 14 kenderaan mewah seludup bernilai RM4.45 juta termasuk duti dan cukai.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pengkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Dr Ishak Ismail yang Menjalankan Tugas-Tugas (MTT) Pengarah Kastam negeri Kelantan berkata, kenderaan mewah itu termasuk enam motosikal berkuasa tinggi dirampas semasa Operasi Terma yang dijalankan pada 2 hingga 10 Februari lalu.

Katanya serbuan dilakukan berdasarkan hasil risikan selama tiga bulan di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

“Hasil operasi tersebut pasukan berjaya menahan 14 kenderaan dan motosikal yang disyaki tidak berkastam dari Singapura.

“Antara kenderaan tersebut adalah Aston Martin, BMW 520i, Jaguar XJ, Mercedes Benz A180, Maserati, Toyota GT 86, motosikal Triumph Daytona 675R, Kawasaki KTM serta Kawasaki KLX-DRZ 110.

“Jumlah  rampasan dianggarkan RM1.54 juta, manakala duti dan cukai membabitkan RM2,905,980. “Secara keseluruhan, nilai rampasan adalah RM4.45 juta,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya kenderaan seludup itu dipercayai diletakkan di tempat ​parkir kondominium, pangsapuri, dan taman perumahan di sekitar Kuala Lumpur serta Johor Bahru sebelum diedarkan kepada pelanggan.

“Kenderaan mewah itu biasanya menjadi sasaran golongan muda sebab dijual pada harga lebih rendah sehingga 30 peratus berbanding pasaran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM50,000, yang mana lebih besar.

“Atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here