KOTA BHARU: Malaysian Industrial Development Finance Berhad MIDF Serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA, menawarkan insentif-insentif kepada usahawan di kelantan terutamanya I Medikel Pharma Holding Berhad, I-M-P-H-B.
Insentif yang ditawarkan merangkumi dari segi dana yang akan diberikan oleh pihak MIDF dan MIDA kepada usahawan bumi putera.
Menurut Ketua MIDF Wilayah Timur, Hizramurny Zakaria perbincangan yang diadakan kali ini untuk membantu syarikat-syarikat dibawah imedikel group untuk berkembang maju dan turut membantu ekonomi di negeri che siti wan kembang.

“Daripada apa kita punya perbincangan hari ini kita nampak banyak lagi projek-projek baru yang imedikel group plan untuk buat so daripada situ kita rasa akan adalah inshaAllah MIDF akan cuba bantulah dengan dana-dana yang kita ada bagi pembelian bangunan dan juga mesin-mesin yang diperlukan untuk operasi imedikel”
“Jadi fokus kita adalah untuk membantu SME ni dari segi development source business contohnya company plan nak, Kata expend dia punya bisnes dari segi pembelian mesin-mesin baru, working capital ataupun dia nak move ke tempat yang baru, kilang yang baru”, katanya.
Katanya, mengikut rekod MIDF portfolio di kelantan sahaja sebanyak 131 juta yang dibantu midf untuk perkembangan syarikat.

Sementara itu Pengarah MIDA Kelantan, Wan Mohd Supian Wan Deris berkata mida akan membantu imedikel dari segi insentif dan bantuan dana yang lain untuk memajukan lagi imedikel ke peringkat global.
“Berdasarkan perbincangan hari ini produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat adalah produk- produk yang merupakan aktiviti yang digalakkan so, peluang untuk dapat insentif mida adalah cerah lah”
Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual bersama wartawan i medikel tv, ketika lawatan ke kilang dan tapak kilang baharu imphb untuk mengetahui perkembangan syarikat dalam dunia keusahawanan, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Mida Norlina Ramli.
Imedikel TV






