KUANTAN: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM187,000 selepas diperdaya sindiket Phone Scam yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, mangsa berusia 36 tahun dihubungi suspek pada 10 Mei lalu.
Katanya, suspek memaklumkan bahawa mangsa terbabit sindiket pemerdagangan manusia serta dengan waran tangkap.
Beliau berkata, mangsa yang agak panik kemudiannya menuruti arahan suspek dengan memindahkan semua wang simpanan yang dimilikinya kepada satu akaun bank.
Tambahnya, pada masa sama, mangsa turut memberikan maklumat ID dan kata laluan urusniaga dalam talian kepada sespek terbabit.
Yahaya berkata, mangsa juga membuat pinjaman peribadi berjumlah RM130,000 bagi tujuan siasatan seperti yang diarahkan oleh suspek.
Katanya Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini.
Sumber BH Online
Imedikel TV






